Home Contents

Career
Facilities Services Pinnacle 2010 Location Map Link Career

Selamat Datang Ke Laman Web Pejabat Pergigian Sibu

[Under Construction]

 

Kerjaya Pergigian

Pegawai Pergigian Jururawat Pergigian Juruteknologi Pergigian Pembantu Pembedahan Pergigian

Pembantu Pembedahan Pergigian

Umur                            :  17 – 25 tahun

Jantina                         :  Perempuan/Lelaki

Kelulusan                     :  PMR- Kepujian B.M., Sains & Matematik. Lulus B.I. (Diberi keutamaan)

Kemahiran khas          :  Berpengetahuan dalam komputer

Taraf kerakyatan          : Malaysia

 

Lantikan Melalui: 

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

  1. Atendan Kesihatan yang telah disahkan dalam jawatan – Perkhidmatan Awam.Badan Berkanun.
  2. Berkelayakan seperti di atas.
  3. Umur tidak lebih 45 tahun

Nota: Calon yang berjaya akan  menjalani latihan di Sekolah Latihan Pergigian ( Pulau Pinang ) (SLPM) & Pusat Latihan Amali (PLA) selama 2 tahun.

Cara Memohon:

Borang diperolehi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. ( www.spa.gov.my )

 

Elaun:

Elaun biasiswa, tempat tinggal di asrama beryuran.

 

Struktur Kursus:

Tempoh latihan : 2 tahun

Tahun 1- Semester I ( 6 bulan ) dan II ( 6 bulan )

Tahun 2- Semester III ( 6 bulan ) dan IV ( 6 bulan )

       

Semester I ( 6 bulan ) :

3 bulan awal     : Kursus Intensif Pertama(SLPM)

 Peperiksaan

3 bulan akhir     : Latihan Amali ( PLA )

 Ujian Berkala

 

Semester II ( 6 bulan ) :

Latihan Amali ( Pusat Latihan Amali )

Peperiksaan

Semester III ( 6 bulan ) :

Latihan Amali ( Klinik Pakar )

 Persiapan kerja projek

 

Semester IV ( 6 bulan ) :

3 bulan awal     : Latihan Amali ( Pusat Latihan Amali )

3 bulan akhir     : Kursus Intensif Akhir ( SLPM )

Teori

Latihan Amali

Peperiksaan Akhir

 

Matapelajaran yang dipelajari

         Sains Asas

         Sains Tingkahlaku

         Sains Pergigian

         Pengurusan Kesihatan

         Sains Klinikal

         Teknologi Maklumat

         Sains Pengkayaan

 

Peluang Pekerjaan :

Pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Kelayakan Pembantu Pembedahan Pergigian dan diwajibkan berkhidmat selama 5 tahun..

 

Tangga Gaji :  Gred U 17; P1T1 RM 862.73 ( Tertakluk kepada Perubaha semasa )

 

Lain-lain faedah :

  1. Lantikan tetap dan berpencen.
  2. Pakaian seragam dan kasut percuma.
  3. Cuti tahunan.
  4. Kemudahan perkhidmatan perubatan dan pergigian.
  5. Skim pinjaman perumahan.
  6. Latihan dalam perkhidmatan.
  7. Skim pinjaman pembelian komputer.

 

Penempatan :

         Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan.

         Klinik Pergigian di Hospital.

         Klinik Pergigian Sekolah.

         Klinik Pergigian Bergerak.

 

Prospek Kerjaya PPP :

Pembantu Pembedahan Pergigian ( PPP ) terlatih yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat selama 3 tahun layak memohon :

 

Ø      kenaikan pangkat melalui temuduga ke jawatan Gred U 22 dan U 24 ( tertakluk kepada prestasi ).

Ø      Mengikuti kursus Diploma Kejururawatan Pergigian atau Juruteknologi Pergigian melalui KPSL. 

 

 

Jururawat Pergigian

         Membuat pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk kanak-kanak berumur < 17 tahun.

         Melibatkan diri dalam semua aktiviti penggalakan kesihatan pergigian.

         Bertugas dalam pasukan Pergigian Bergerak.

         Berhubung dengan guru besar/ guru-guru serta ketua kampung.

         Berhubung dengan orang awam.

 

Kelayakan :

Umur                : 17- 24 tahun

Jantina              : Perempuan

Kelulusan         : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau yang setaraf denganya serta kepujian dalam Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan 2 matapelajaran yang lain. Calon yang lulus Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan.

Kebolehan/ kemahiran :

         Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebolehan bertutur dalam bahasa lain adalah satu kelebihan.

         Mempunyai ketangkasan tangan yang baik.

         Mempunyai pengetahuan komputer.

Fizikal :

         Sederhana tinggi

         Sempurna pancaindera serta anggota

 

Taraf kerakyatan : Malaysia

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan(KPSL):

         Pembantu Pembedahan Pergigian yang telah disahkan dalm jawatan.

         Berumur < 45 tahun.

         Kelayakan seperti di atas.

Cara memohon :

         Borang boleh diperolehi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. ( www.spa.gov.my )

         Calon-calon yang berjaya akan menjalani latihan 3 tahun di Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang.

 

Elaun biasiswa :

Pelatih akan diberi elaun biasiswa dan tempat tinggal asrama beryuran.

 

Struktur kursus :

Tempoh latihan : 3 tahun

Tahun 1 dan 2

Lokasi latihan   : Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang.

Semester I, II, III, IV : Teori dan latihan amali.

Tahun 3

Lokasi latihan   : Pusat Latihan Amali di negeri/ daerah dan di SLPM.

Semester V      : Latihan Klinikal dan Kerja Projek

Semester VI     : Teori/ Latihan Klinikal

Matapelajaran yang dipelajari :

         Sains asas

         Sains Tingkahlaku

         Sains Pergigian

         Sains Klinikal

         Pengurusan Kesihatan

         Teknologi Maklumat

         Sains Pengkayaan

 

Taraf Kelulusan :

Diploma Kejururawatan Pergigian

 

Peluang Pekerjaan :

Pelatih yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Kejururawatan Pergigian dan wajib berkhidmat selama 5 tahun.

 

Tangga Gaji: Gred U 29; P1T6 RM 1,493.44 ( tertakluk kepada perubahan semasa )

Lain-lain Faedah:

  1. Lantikan tetap dan berpencen.
  2. Pakaian seragam dan kasut percuma.
  3. Cuti tahunan.
  4. Kemudahan perkhidmatan perubatan dan pergigian.
  5. Skim pinjaman perumahan.
  6. Latihan dalam perkhidmatan.
  7. Skim pinjaman komputer.

Penempatan :

  1. Klinik Pergigian di Hospital Kerajaan
  2. Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan
  3. Klinik Pergigian Sekolah
  4. Pasukan Pergigian Bergerak

Kursus Pos-basik :

         Kursus Pergigian Pediatrik

         Kursus Ortodontik

Kursus tersebut dijalankan selama 6 bulan sepenuh masa melalui 3 fasa:

Fasa I               : selama 1 bulan di KLPM

Fasa II             : selama 4 bulan di klinik-klinik Pakar Berkenaan

Fasa III            : selama 1 bulan di KLPM

Prospek Kerjaya :

  1. Jururawat Pergigian U29 yang telah berkhidmat selama 5 tahun, layak memohon untuk kenaikan pangkat melalui temuduga untuk jawatan kanan Gred U32 hingga ke Tingkatan Tertinggi Gred U36, dan U38 tertakluk kepada prestasi.
  2. Jururawat Pergigian di Klinik Pergigian Pakar.
  3. Pengajar di KLPM.

 

Juruteknologi Pergigian

Diskripsi tugas :

         Merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodontik, maksilofasial dan restoratif.

         Menyelenggara dan memperbaiki alat kelengkapan pergigian.

 

Kelayakan :

Umur                            : 17- 24 tahun

 

Jantina                          : Lalaki/ perempuan

 

Kelulusan                     : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau setaraf dengannya serta kepujian dalam Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan 2 matapelajaran yang lain. Kelulusan dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.

 

Fizikal              : Sempurna pancaindera serta tidak cacat anggota.

Taraf kerakyatan          : Malaysia

 

Lantikan melalui :

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ( KPSL )

  1. Pembantu Pembedahan Pergigian yang telah disahkan dalam jawatan.
  2. Mempunyai kelayakan seperti di atas.
  3. Berumur < 45 tahun.

Nota    : Calon yang berjaya akan menjalani latihan selama 3 tahun di SLPM dan PLA negeri atau Daerah.

 

Cara memohon :

Borang boleh diperolehi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. ( www.spa.gov.my )

 

 

Elaun Biasiswa :

Pelatih akan diberi elaun biasiswa dan tempat tinggal asrama yang beryuran

 

Struktur kursus :

Tempoh latihan : 3 tahun

Tahun 1

Semester I & II ( 12 bulan ) – SLPM

Teori dan Praktikal – Peperiksaan

 

Tahun 2

Semester III & IV ( 12 bulan ) – SLPM

Teori dan Praktikal/ Latihan Klinikal -Peperiksaan

 

Tahun 3

Semester V ( 6 bulan ) – PLA

Teori dan Praktikal/ Latihan Klinikal – Peperiksaan

Semester VI (6 bulan )

3 bulan awal – PLA

Teori dan Praktikal/ Latihan Klinikal

3 bulan akhir – KLPM

Teori dan Praktikal/ Latihan Klinikal – Peperiksaan Akhir

 

Peluang Pekerjaan :

Pelatih yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Juruteknologi Pergigian dan wajib berkhidmat selama 5 tahun.

 

Tangga Gaji: Gred U29; P1T6 RM 1493.44 ( tertakluk kepada perubahan semasa )

 

Lain-lain faedah:

  1. Lantikan tetap dan berpencen.
  2. Pakaian seragam dan kasut percuma.
  3. Cuti tahunan.
  4. Kemudahan perkhidmatan perubatan dan pergigian.
  5. Skim pinjaman perumahan.
  6. Latihan dalam perkhidmatan.
  7. Skim pinjaman komputer.

Penempatan :

Bertugas di makmal pergigian di Klinik

Kesihatan Kerajaan dan Hospital Kerajaan.

 

Prospek Kerjaya :

Juruteknologi Pergigian Terlatih yang telah disahkan dalam jawatan layak memohon:

         Kenaikan pangkat melalui temuduga ke jawatan kanan Gred U32, U36, dan Gred U38 ( tertakluk kepada prestasi ).

         Temuduga sebagai pengajar.

 

Kursus Pos-basik.

         Kursus Pos-Basik Prostesis Maksilofasial

         Kursus Pos-Basik Ortodontik

 

Kursus ini dijalankan selama 6 bulan sepenuh masa melalui 5 fasa di KLPM dan Pusat Latihan Amali.

 

 

Pegawai Pergigian

Diskripsi tugas:

         Mempromosi kesihatan mulut dan gigi di kalangan orang ramai.

         Membantu dalam pencegahan penyakit mulut, gusi dan gigi.

         Mengesan dan merawat penyakit-penyakit mulut seperti kanser mulut dan penyakit gusi.

         Mencabut dan tampal gigi yang berkaries.

         Bertanggungjawab ke atas segala urusan pentadbiran klinik.

 

Kelayakan:

Umur                            : Berumur di antara 19- 25 tahun

Jantina                          : Perempuan/ lelaki

Kelulusan                     : Mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) aliran Sains serta kepujian dalam Bahasa Melayu, Sains dan Matematik dalam peringkat SPM. ( Sila rujuk Buku Panduan Universiti).

Taraf Kerakyatan         : Malaysia

 

Nota    : Calon-calon yang berjaya akan mengikuti kursus selama 5 tahun di Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia atau Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Cara memohon:

Memohon melalui Bahagian Pengambilan Universiti, UPU ( Unit Pengambilan Universiti ).

 

Elaun Biasiswa:

Pelajar boleh memohon biasiswa di mana terdapat banyak biasiswa Swasta atau Kerajaan yang ditawarkan.Tempat tinggal asrama beryuran juga disediakan bagi mereka yang layak.

 

Struktur Kursus:

Tempoh: 5 Tahun

Tahun 1 & 2 -- 4 semester ( Pra- klinikal )

Tahun 3, 4 & 5 -- 6 semester ( Klinikal )

 

Secara amnya:-

Tahun 1:

Subjek yang diikuti:

          Anatomi manusia

          Biokimia

          Fisiologi

          Biologi mulut

          Tamadun Islam & Manusia

          Teknologi Maklumat

 

Tahun2:

Subjek yang diikuti:

          Farmakologi

          Mikrobiologi

          Patologi

          Bahan Pergigian & Teknologi Pergigian

 

=> Praktikal / amali teknologi pergigian juga mula dijalankan pada tahun ini.

 

Tahun 3:

Subjek yang diikuti:

          Perubatan Mulut & Surgeri Manusia

          Pergigian Prostetik

          Pergigian Masyarakat

          Pergigian Konservatif

          Pergigian Kanak-kanak & Ortodontik

          Perubatan Mulut & Periodontologi

          Pembedahan Pergigian & Radiologi Mulut

 

Tahun4 & 5:

Matapelajaran yang sama akan diikuti seperti dalam tahun 3.

=> Praktikal/ kerja amali klinikal akan dijalankan sepanjang 3 tahun klinikal kursus ini.

 

Peluang pekerjaan:

Pelajar-pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dan akan dianugerahkan dengan gelaran Doktor Pergigian serta diwajibkan berkhidmat dengan kerajaan selama 3 tahun.

 

Tangga Gaji:

Pegawai Pergigian akan menikmati tangga gaji Gred U41: P1T5 RM 2366.55 ( tertakluk kepada perubahan semasa ).

 

Lain- lain faedah:

          Lantikan tetap dan berpencen.

          Cuti tahunan.

          Kemudahan perkhidmatan perubatan dan pergigian percuma.

          Skim pinjaman perumahan.

          Latihan dalam perkhidmatan.

          Skim pinjaman pemberian komputer.

          Promosi mengikuti kursus pos- graduat setelah disahkan dalam jawatan.

 

Penempatan:

          Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan

          Klinik Pergigian di Hospital

          Klinik Pergigian Sekolah

          Pasukan Pergigian Bergerak

          Pejabat Pergigian Daerah

 

Prospek Kerjaya:

Pegawai Pergigian Gred U41 yang telah disahkan dalam jawatan layak memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran yang tertentu.

 

 

 

Send mail to someone@microsoft.com with questions or comments about this web site.
Last modified: 02/28/08