Make your own free website on Tripod.com

Home Up Contents

Logo Pinnacle

Selamat Datang Ke Laman Web Pejabat Pergigian Sibu

[Under Construction]

 

Logo Pinnacle 2010

Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sarawak

 

Logo “Pinnacle 2010” secara keseluruhannya menggambarkan persekitaran yang menyeluruh, lengkap dan mencukupi.

 

a.                   Garisan Bulatan melambangkan kesempurnaan (completeness)

b.                  Rangka yang menyerupai tangga merah/ kuning menjurus ke atas melambangkan azam dan tekad untuk mencapai kemuncak kecermelangan. Setiap anak tangga menunjukkan setiap langkah dan tindakan berkualiti yang dilakukan oleh anggoto-anggota pergigian untuk meningkatkan kesihatan mulut klien dan masyarakat di seluruh Negeri Sarawak agar matlamat dan wawasan 2010 tercapai.

c.                   Dua muncung memacu ke atas yang menyerupai paruh burung kenyalang adalah simbolik bagi Lambang Negeri Sarawak.

d.                  Rangka peta Negeri Sarawak melambangkan liputan tugas dan tanggungjawab Bahagian Kesihatan Pergigian di Negeri Sarawak. Tiga anggota di bawah mercu tanda melambangkan semangat kepasukanan dan setiakawan di kalangan anggota pergigian yang sama-sama berganding bahu memikul tugas dan tanggungjawab Bahagian Kesihatan Pergigian. Bah kata pepatah “Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul”.

 

Cogankata “Ke Arah Kelestarian Kesihatan Mulut Sepanjang Hayat”

Lestari membawa makna suatu keadaan yang sentiasa segar dan berpanjangan (everlasting). Kesihatan Mulut yang lestari menggambarkan keadaan di mana mulut yang dijaga dengan rapi akan menjamin kesejahteraan dan kesihatan diri seseorang itu hingga ke akhir hayat.

 

a.                   Warna Kuning melambangakn identiti dan keunggulan (keistimewaan) Bahagian Kesihatan Pergigian. Ia merupakan sinaran cahaya yang cerah di masa hadapan bagi mencapai matlamat dan seterusnya wawasan kita.

b.                  Warna Biru menunjukkan hubungan yang harmoni di kalangan anggota-anggota pergigian.

c.                   Waran Hitam menunjukkan ketabahan anggota-angggota pergigian dalam pelbagai cabaran.

d.                  Warna Merah adalah warna kesihatan, ia menunjukkan kesungguhan, ketabahan dan keberanian anggota-anggota pergigian dalam menghadapi sesuatu cabaran semasa menjalani tugas baik merentasi desa mahupun mengharungi lautan.

 

Send mail to someone@microsoft.com with questions or comments about this web site.
Last modified: 02/28/08